Jaja Anuar
SHORT GATEAWAY: LANGKAWI DAY2
Wednesday 31 August 2016 • 05:53 • 0 comments

****sambungan part 1****

Allah! lama betul ambik masa nak pegi part 2 dari part 1. hahahaha. maaflah semuanya since lepas update part 1 tu i got panggilan for continue my studies (alhamdulillah) so im kinda busy settle kan semua benda tulah. faham jelah kan. ugh bila dah duduk rumah untuk 4 bulan dgn jaya nya pecah record tak bekerja, dia dah jadi malas nak mula belajar semua TT___TT

ok back to my story masa pegi Langkawi lah eh? malas ler nak cerita pepanjang lagi. ahahahaha. ok, for the second day tu kitaorg dah planned aktivitinya which is Island Hoping! yg dah semakin popular (you gotta have to pronounce it like a indonesian. baru dapat gaya i sebut popularrr gitu hahaha) baiklah. kat sini banyak org yg mcm bila i tgok review dia nak cari yg murah, yg banyak aktiviti semua. tp alhamdulillah, agent yg kitaorg deal ni kira bagi murah ah. siap private boat lagi ok! selalu kalau 7 org je pun dia akan masukkan kita kat share boat. dengan siapa kitaorg ambik? dengan org yg kitaorg deal sewa kereta tu jugak. nak tahu? sila baca part 1 dan awak jumpa jawapan kat sana. goodluck! :) dia ada banyak package, tp kitaorg ambik yg pakej island hoping 3 pulau je. 

dan tiba lah hari yg ditunggu tu (baru nak masuk cerita xD) kitaorg gerak dari hotel dalam pukul 7 kot rasanya. pastu terus pegi jeti apa tu nama dia. Allah! lupa pulak. jap eh nak ingat jap............alah tak ingat lah nama. kira jeti yg kat pekan kuah tulah. since abg tu kata kalau nk nak boat kena naik kat sana. sbb boat tu tkleh nak ambik awak kat hotel huhu. ok dah sampai jeti tu tunggu lah kejap sementara dyorg prepare nak isi minyak boat tu & sementara tulah kitaorg ambik peluang nak pegi toilet semua. sebabnya, KAT PULAU TU TAKDE TANDAS YE. haaaa tu dia. dah caps lock dah. hahahha. jd sebelum nak gerak tu baiklah pegi membuang dulu apa yg patut semua. 


 ni gambar area jeti tu

first pulau kitaorg pegi is Pulau Beras Basah. oklah tempat dia. cantik. bersih je. pastu masa kitaorg sampaimmg macam kitaorg ni boat yg kedua sampai. so mcm tak ramai org. pastu sampai sampai apa lagi, bergambar lah. sudut sana sudut sini tinggal tak masuk laut tu je ambik gambar. dalam masa kitaorg ambik gambar tu dah ramai dah org sampai rupanya. pastu macam abg tu bagi masa sejam setengah lah duduk pulau tu buat lah apa awak nk buat. pastu cam i bila dah habis bergambar tu terus masuk laut mandi hohoho. takdelah mandi. yang istilah betul dia is masuk-laut-rendam-rendam-je. haaa gitu. yg lain taknak mandi. lgpn dyorg tak bawak baju lebih. so dah bersuka ria kat sana, abg boat tu pun datang lah dalam masa yg dijanjikan tu. 


so next place, kitaorg pegi Eagle Feeding! yeahhhhh! for me yg first time nampak real helang like maksud i mcm selalu nampak yg terbang jauh je mcm tu. ni mcm dia rilek je lintas lintas depan kita. it was too real tho. hahaha. pastu bukan kecik kecik burung pipit je. besar gedabak tu rasa nya keturunan yg keberapa pun tak tahulah. tp mmg besar gila. pastu yg makanan bg dia attract tu rupanya kulit ayam. adalah abg boat tu bawak seplastik pastu dia godek godek dalam laut tu pastu kan kulit ayam tu timbul haaa japgi dtg lah helang tu semua menyambar. ok kat sini abg tu bagi masa utk kitaorg tgok helang tu makan sampai tak kenyang kenyang pastu dia bg chance kalau kau nak shoot gambar lelawa ke en. haaaa. dia bagi lah masa sikit. 


haaaaa tu dia helang helang keluar nak sambar kau! hohoho!

and.......last destination untuk Island Hoping adalah Tasik Dayang Bunting yg begitu popularrr (sebut mcm i suruh td ok? hahaha)ok kat sini satu lagi. bila sampai je kat jeti tu kan pastu cam you jalannnnnn sikit ada kaunter bayaran. sebab nya, tasik ni mcm dah dijaga elok elok semua so no more lah free entrance kan. mcm ok lah for me. kena bayar dalam RM5 rasanya for adult and kanak kanak i tak ingat berapa. pastu, kalau rasa nk buat aktiviti air kat tasik tu mcm paddle boat ke, kayak ke, nak mandi ke apa kan haaa boleh lah sewa terus life jacket tu. so nanti dia bg kupon pastu bila dah sampai kat bawah sana tujuk je kat org yg jaga life jacket tu. 

ni otw ke tasik tu. nampak mcm perempuan mengandung kan? :)

dkat tasik ni bukan bila kau sampai je dah terus sampai tau? tu kena jalannnnnnn lagi ke depan semua. pastu baru lah sampai. terbentang luas tasiknya. Alhamdulillah for me rasa cantik sgt tasik tu yelah. nyaman semua. air sejuk kan. pastu kat sana dia dah buat platform untuk kanak kanak dgn org dewasa pun boleh je mandi kalau taknak mandi direct terus kat tasik tu. tapi jgn cross ada line dia lah. yelah. sebab tasik kan. pastu mesti lah dalam semua kan. haaaaa. jaga diri ye semua? :) kat sini adalah dalam 2 jam abg tu bagi since dia tahu mesti banyak benda bebudak ni nk buat hahahah. 

nilah area nak berkayak nak paddle boat semua tu.

i sesampai tu terus mandi pastu baru main kayak. hahahaha tp masa tu dah tengah hari tau, so mmg panas gila ah. pastu en masa naik kayak tu mmg pasrah gila lah kaki tu letakkkkk je kat atas perahu kayak tu hahahhaa ok dah habis aktiviti semua dah puas mandi kitaorg pun naik lah. since dah sampai masa nya plus dah tgah hari rambang dik. naik boat terus direct balik jeti. mmg penat gila tau mmg naik boat tu tetido jugak lah lg dengan bayu laut semua hahahaha nasib ada kawan kejutkan takut pulak tetido dalam laut tu kang hahaha.

sampai jeti terus kitaorg decide nak makan lunch kan. yelah dah puas main air semua skrg lapar lah. and kitaorg pegi kedai dkat area hotel jugak lah. ambik makan set semua pastu next aktiviti kitaorg gerak Pantai Cenang untuk parasailing! yeahhhh! tapi aku tak naik pun hahahahaha. my friend je yg naik. entah lah tetibe rasa gayat pulak hahahaha. sempat ambik gambar dyorg je. 

jd lah satu gambar je hahahaha

settle semua aktiviti, terus balik hotel rehat mandi tido! sbb penat gila. pastu dlm pukul 7mlm semua dah bangun mandi solat siap siap semua nak keluar untuk shopping pulak! yeahhh the best part hahahaha. memandangkan mall ni dkat je ngan hotel so kitaorg pegi situ je hehehe. kitaorg pegi Haji Ismail Group punya kat Kuah tu. haaaa mula lah. masuk je situ rasa nk beli semua hahahaha kat sini mmg berpecah lah. ada yg beli coklat ada yg nak cari luggage lah semua. adalah dalam sejam setengah kitaorg kat situ beli semua. pastu gerak pegi dinner pulak. yelah dah shopping semua eh lapar lah pulak. makan makan semua pastu terus balik hotel, tidurrrrrr untuk sambung hari esoknya. so i pun sambung PART 3 esok lah ye? ahahahha.


much loves,
                                                                                                                                                        xx

SOME WORDS!


a 153cm girl & yes, i love pink & unicorn xx

Profile


Tagboard

Leave Your Footage;

Rewind



Credits


Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia Septiya
Edited: Jaja Anuar