Jaja Anuar
SHORT GATEAWAY: LANGKAWI DAY1
Tuesday, 2 August 2016 • 04:04 • 0 comments

Assalamualaikum :)

so obviously i'll tell you guys pasal my short vacay kat Langkawi haritu. i pegi sana on 28 July sampai 30 July so basically 3 hari 2 malam. memandangkan this is my first time nak menjejakkan kaki di Permata Bumi Kedah gitu so i was extremely excited (takdelah extreme mana pun senanya haha) & i pegi dengan lagi 6 org kawan. kitaorg plan this trip one month earlier so masa tu lah busy nak booked flight, nak booked hotel, kereta sewa and everything. Pasal booked flight tu mmg kitaorg dah ambik yg promo punya lah RM160 pegi balik tu yg dapat ticket pepagi buta tu. hahaha kalau korg boleh cari lagi murah dari ni lagi bagus. ada je yg boleh dapat RM50 pegi balik tau. so kena pepandai cari ok? :)

dan hari yg di tunggu tunggu pun telah tiba sambil melambai lambai haha ok tak. so on the first day (28hb), kitaorg dari rumah my friend (kat Sepang) dalam pukul 6.30pg since kena ada dkat airport 2 hours early kan. so dalam 10 minit je kitaorg dah sampai kat airport and berkumpul semua pastu pegi check in semua. lepas dah settle check in semua, perut pun dah lapar so we decided to beli breakfast dkat KFC je. dah beli breakfast semua kitaorg masuk gate utk scan beg dgn scan diri kau sendiri kot kot ada bawak barang terlarang ke masuk flight & here i boleh terlupa pulak nak keluarkan phone from my pocket so tempat nak lalu tu pun berbunyi lah tet tet tet. alah! kepoh betul! hahaha. dah settle semua ni kitaorg pun berjalan lah menuju ke syurga mu yaAllah ok takde lah jalan lah menuju gate untuk naik kapal terobang. dah lah kitaorg dapat gate K. dah lah K, nombor 10 pulak tu! arghhhhh jauh gilaaaaaaaa :'( then, lepas dah sampai kat gate tu dia tak bukak pun lagi so kitaorg lepak jap kat situ, makan breakfast yg kitaorg beli tadi & after 5 mins mcm tu gate dah bukak dan kitaorg pun masuk lah flight.

masa kat dalam ok je takde pape yg tidak memuaskan hati pun. everythings okay for me. nah thumbs up utk AirAsia :) kalau ikutkan flight tu ambik masa dalam 1h10min mcm tu, tapi bila dah kat dalam flight tu ko tak rasa pun sejam diknon. rasa mcm nak lelap pun eh dah sampai? hah gitu hahaha. tapi view dari dalam flight bila dah kat Langkawi tu masayaAllah, betul lah org cakap jauh perjalanan luas pemandangan. dapat lah tgok pemandangan seluas tingkap flight tu haha. so bila dah sampai kat Airport Langkawi tu semorang sibuk nak gi toilet termasuk lah saya sendiri hahahaha lepas dah settle gi toilet, kitaorg call org kereta sewa tu cakap dah sampai semua and dalam 2 min camtu dia cakap dia dah sampai. ok kat sini, kitaorg booked utk kereta avanza since ada 7 org, tapi masa dah sampai kereta yg kitaorg dapat adalah Grand Livina & we okay with that sbb harga sama je. hahaha. & jgn marah bila benda ni jd kat korg gak sbb its a normal thingy kalau kau booked kereta ni tp dapat kereta lain. kalau harga sama semua apa salah nya kan?

lepas dah settle dgn kereta sewa, kengkononnya nak pegi makan Laksa Kaw Ikan Sekoq tu ah sbb dah dkat dgn airport kan. bila dah sampai kat situ jengjengjeng..... tak bukak lagi. hmmmm hampa dia rasa mcm nak duduk je situ tunggu sampai kedai bukak hahaha. membawa hati yg hampa kami pun terus menuju ke Cable Car Langkawi tu. so sampai kat sana kitaorg parking kereta terus jalan naik gi kaunter tu. harga tiket utk naik kalau dgn IC RM30 for adult, kalau kanak kanak RM20 since kitaorg ambik package yg basic je which is SkyCab + SkyDome. dah masuk 4 paragraph satu gambar pun takde mesti korg boring en? ok lah nah lah i belanja sikit gambar masa kat cable car semua.





view masa nak naik semua tu masyaAllah! cantik sgt! tp untuk aku yg takut tinggi ni keras kematu jugak lah duduk kat dalam cable car tu masa nak naik hahahahaha pastu setan ni jahat gak tau dia buat kita tetibe fikir "eh ni mcm mana kalau stop kat tengah tengah ni?" "macam mana kalau angin kuat tetibe ni" hahahaha rasa mcm nak tampar diri sendiri. ok, kalau kau naik tgah hari rambang mmg panas diknon sebab dalam tu takde aircond sesejuk aircond kat bilik tidur kau. dia ada tingkap kecik je. jadi, kalau nak sejuk sikit ke pepandai lah bawak kipas tangan tu ke jangan kau bawak kipas lipas pulak ok ok tak :p tapi dah naik atas tu sejuk gak lah. yelah kau kan dah berada di puncak gunung mat cincang tu so dah sejuk dah. jgn ler risau.

kitaorg kat sana dlm sejam ke dua jam gak ah mcm tu. lepastu terus gerak nak pegi lunch kat tempat yg kitaorg dah buat research ah kengkonon nya. bila dah sampai tu.......tutup pulak......okayyyyyy......pastu terus jelah jalan since kitaorg nak gi Underwater World tu senanya so mcm kedai mana nampak terus benti je. pastu adalah satu gerai cik kiah tu mcm takde org pun kitaorg makan situ semua. naik kereta nak gerak Underwater World tulah kononnya perasan jauh ler sangat sekali, kalau jalan kaki pun dah sampai hahahhaha aircod kereta pun tak sempat nk sejuk hahahaha. 

sampai kat sana terus masuk tgok tgok jap pastu beli tiket. since kita semua ni pemegang mykad, dapat lah murah sikit. kalau tak, malas gak aku nak masuk semata tgok ikan baik gi pasor je hahaha. tapi silap seribu kali silap, i thought semata ikan semua mcm tu lah. tpi, kau masuk masuk je dia dah ada mcm bekas kaca letak lah jejenis biawak lah ke cicak ke apa tak tahu lah sbb i tak sanggup nak tgok lelama badan dah meremang hahahaha. ok. jalan lagi kedepan ada pulak flamingo tgah tido, burung kakak tua semua, pastu jalan lagi baru lah ada hidupan hidupan laut yg dah lama nak tggu ko dtg jenguk dia. kebetulan masa kitaorg dtg tu adalah sesi bagi makan kat penguin semua tu so kitaorg pun dapat lah tgok hehehe seronok rasa dapat jumpa kawan! ok nah belanja gambar dyorg.

hah, nah kawan siapa ni tak reti duduk diam ni hahaha


segerombolan penguin yg angkuh. org panggil taknak pandang langsung. huh! taknak kawan! :p

Finding Dory pun ada tau! hahahaha

ni obor obor ye awak semua. jangan sampai kena sengat hahaha

ok, so dalam sejam dkat dua jam gak ah kitaorg dalam tu pastu dalam pukul 5ptg barulah pegi check in hotel dgn harapan nak rehatkan badan semua mandi mandi sekali......"jaja anuar dah cancelled booking. yg lagi satu bilik je ada" & i like WHATTT?!!! THIS CAN'T BE!!!!!! mcm dah penat kot ni takkan lah?!!! :( idk why tp mmg i pernah click sekali je cancelled tu pun dah booked semula atas sebab sebab tertentu. so, nak dipanjangkan masa, i sebagai yg in charge in hotel berusahalah google cari balik hotel yg kalau boleh RM150 kebawah je semalam. cari punya cari jumpa lah this hotel nama dia Amara Guesthouse. dia bagi kitaorg RM80 je semalam! so dua malam baru RM160. tu un share 4 org alah murahnya! hahaha. alhamdulillah tempat dia ok selesa, dari hotel tu boleh dengar azan semua and takdelah seram pun suasana dia. alhamdulillah sangat. tapi hotel ni ada 3 tempat tau nama sama ngan dia (satu company je rasanya) so korg kena cari tempat yg ikut nama korg dah booked tu ok? 




((gambar diambil dari page hotel tu hehe. sekian))


dah check in hotel semua mandi solat rehat dalam pukul 8 tu sepatutnya first plan nak pegi pasar malam dkat dgn Pantai Chenang. tp mcm bila google semua balik dia mcm pasar malam kecik je mcm tu since hari kerja kan time tu so kitaorg tukar plan pegi dinner je dkat kedai kedai area The Baron Waterfront Hotel. kitaorg makan dkat kedai Shafieka ke apa tah nama dia i tak ingat tp for me masakan dia oklah. sedap je. nora bagi 4 bintang? dah makan makan semua jalan jap pegi ada mcm uptown kecik je area hotel kitaorg tu tgok tgok semua pastu balik lah hotel. since esok lagi satu hari yg memenatkan nak island hoping semua kan so mandi mandi tidur awal!


BAJET UNTUK FIRST DAY:

1) Hotel 2 malam: RM80 x 2 malam = RM160 bahagi 4 org = RM40 seorang
2) Breakfast KFC: RM6
3) Kereta sewa: RM200 (Grand Livina) bahagi 7 org = RM28.60 seorang
4) Cable car: RM30 with MyKad 
5) Lunch: RM11.30 seorang (ambik lebih bayar lebih lah diknon :D)
6) Underwater World: RM33 with MyKad
7) Minyak kereta: RM5 seorang
8) Dinner: RM8 seorang

Total = RM161.90 seorang

so basically ni aktiviti dgn perbelanjaan kitaorg untuk first day :) tunggu entry DAY 2 tau! bye! 



much loves,
                                                                                                                                                       xx



SOME WORDS!


a petite 21y/o girl & yes, i love unicorn xx

Profile


Tagboard

Leave Your Footage;

Rewind



Credits


Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia Septiya
Edited: Jaja Anuar